COPY RIGHT

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Enekdot Cik Ponti dan Encik Pocho - Cerita 4

Siti Norshimah Md Yasan | 6:55 AM | Be the first to comment!

Pada suatu hari tatkala bulan mengambang.... Cik Ponti bermain kejar-kejar dengan 4 orang budak sengal. Macam mana Cik Ponti ngan Encik Pocho tak marah... tengah syok bertenggek atas pokok kena baling dengan budak sengal tu.

Maka adegan kejar-mengejar tu tak lama. Kedengaran Cik Ponti dengan Encik Pocho menjerit sama.

"Pocho... tolong aku! "

" Ponti... help me! "

" Kau tolonglah aku Pocho."

"Macam mana aku nak tolong, aku dah jatuh sadung batu ni. Tak boleh bangun balik. Kaulah tolong aku. "

" Macam mana aku nak tolong, aku dah tersangkut kat pokok ni. Wa..... habislah kita... "

Saat itu kedengaran Cik Ponti dan Encik Pocho menangis tak henti...

Enekdot Cik Ponti dan Encik Pocho - Cerita 3

Siti Norshimah Md Yasan | 12:36 AM | 2 Comments so far


Pada suatu malam bulan terang,  Cik Ponti dan Encik Pocho duduk di atas dahan sambil mengira bintang di langit.  

"Pocho...  kau tahu tak kenapa aku suka dengan kau? "

" Ala....  aku tahu.... mesti sebab aku comel kan. "

" Tak...  aku suka dengan kau sebab kalau kau jatuh ke bawah tak adalah kau jatuh melepek. "

" Kenapa pulak? "

" Sebab kalau aku tolak,  kau mesti melantun balik. "

Sekejap sahaja Cik Ponti menolak Encik Pocho sambil ketawa mengilai. 

Toing!  Toing!  Toing! 

" sabar aje aku,  Ponti. "

Cik Ponti bukan main galak lagi menyanyikan lagu Melompat Lebih Tinggi.

TIGA JODOH : Teaser 1 - Eisya dan Farhan

Siti Norshimah Md Yasan | 4:26 AM | Be the first to comment!


WAKTU sudah pun menginjak ke pukul 5.00 petang apabila Eisya mula rasa tidak tenang. Dari tadi dia menantikan Farhan untuk masuk semula ke pejabat. Masih banyak kerja yang perlu dilunaskan untuk mesyuarat esok pagi. Hati Eisya sudah tidak tentu arah. Dia merasakan yang dia perlu melakukan sesuatu.
Tanpa membuang masa, Eisya masuk ke dalam bilik Farhan dan melihat sejauh mana presentation yang telah dibuat oleh Farhan. Hah? Baru suku? Nampaknya banyak lagi yang perlu dibuat. Draf yang telah dilakar dicapai dan dibawa ke mejanya.

“Aduh! Sempat ke tidak ni nak siapkan? Okey Eisya! Tenang. Jangan kalut. Nanti tak siap. Mula-mula buat softcopy dulu, baru hardcopy.” Sempat lagi Eisya memujuk hatinya.

Eisya cuba untuk menghubungi Farhan berkenaan dengan presentation yang akan dibentangkan esok pagi, namun gagal. Farhan telah mematikan telefon bimbitnya. Rasanya mahu menangis Eisya dengan tindakan Farhan itu. Namun dia terpaksa juga membuat presentation Farhan demi majikannya itu. Kalau dia tidak buat, jangankan Farhan, dengan dia sekali yang akan kena. Segala draf dikumpul dan semua data disemak dengan teliti. Dia tidak mahu data yang diberi adalah data yang main hentam sahaja. Fail kewangan yang diberikan oleh Nizam juga disemak.

Sepanjang malam Eisya bersengkang mata untuk menyiapkan presentation Farhan. Namun dia masih tidak berputus asa untuk terus menghubungi Farhan. Sekali lagi dia gagal. Air mata Eisya sudah tidak boleh ditahan lagi. Ya Allah, dugaan apakah ini? Jam di ruang pejabat itu sudah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Masih ada suku lagi yang perlu dia selesaikan. Walaupun dalam keadaan letih, Eisya tetap meneruskan tugasnya.

Eisya menghela nafas lega apabila segalanya telah selesai. Segala typo juga disemak beberapa kali. Softcopy sudah siap disavekan di dalam pendrive. Kemudian data-data tersebut dicetak pada beberapa naskah untuk dijadikan presentation handout para pengarah dalam board meeting itu nanti.
Sekali lagi dia memandang ke arah jam di dinding. Sudah hampir tiga pagi. Selesai sahaja dia menyiapkan presentation itu, terus sahaja dia masuk ke dalam bilik Farhan dan meletakkannya di atas meja. Eisya tersenyum senang. Akhirnya berjaya juga dia siapkan presentation itu. Matanya sudah tidak tertanggung dengan rasa mengantuk. Sampai sahaja di meja kerjanya, dia segera merebahkan kepalanya dan terus tertidur.

KEESOKAN harinya, Farhan masuk ke dalam pejabat sambil menyanyi kecil. Teringat dia bagaimana seronoknya dia menyambut akan majlis hari jadi Karina. Walaupun dibuat last minute, ia memang tidak mengecewakan. Sebaik sahaja dia sampai di pejabat, matanya menangkap susuk tubuh Eisya yang sedang tertidur di meja. Panjang langkahnya menuju ke arah meja Eisya dan mengetuk kuat meja itu. Terpisat-pisat Eisya terbangun apabila mendengar mejanya diketuk. Dalam kesamaran, dia dapat melihat akan wajah Farhan di hadapannya.

“Bos…”

“Saya menggajikan awak bukan untuk awak buat tahi mata. Bangun! Dah pukul berapa ni?” Tegang sahaja suara Farhan.

“Bos… pre…” Belum sempat Eisya menghabiskan kata, Farhan mula meninggalkannya.

Farhan masuk ke dalam pejabat sambil meletakkan beg dan telefon bimbit di atas meja. Sepanjang hari dia offkan telefon bimbit kerana tidak mahu diganggu ketika majlis Karina. Apabila dia onkan sahaja telefonnya, berduyun-duyun mesej dan missed call diterima. Terbuntang matanya apabila melihat mesej dan missed call yang banyak datangnya dari Eisya. Yang terakhir dia terima mesej dari Eisya adalah pukul 3 pagi.

Bos… presentation saya dah siapkan. Ada atas meja.

Serta-merta pandangan Farhan terus pada pendrive dan presentation handout yang terletak elok di atas meja. Dia menyelak sehelai demi sehelai dan di muka surat terakhir, dia melihat ‘prepared by’ adalah namanya sendiri. Bergetar seluruh tubuh Farhan dengan apa yang telah berlaku.


Farhan tidak menunggu lama. Dia terus berlari keluar dari biliknya. Saat dia melangkah keluar, terkejut dia apabila melihat Eisya yang sudah tidak sedarkan diri.

TIGA JODOH - CUTE PULICATION JULAI 2017

Siti Norshimah Md Yasan | 6:20 AM | Be the first to comment!




Assalamualaikum....

Bersiaran kembali...

Al-hamdulillah... novel kedua untuk tahun ni dari saya telah pun diterbitkan.  Kali ini di bawah penerbit Cute Publication.  Pada mulanya, tajuk TIGA JODOH adalah Jodoh Tiga Dara.  Oleh sebab-sebab tertentu tajuknya telah pun diubah sikit.  Tapi, jalan cerita dan watak tetap sama. 

Okey, pertama sekali saya kongsikan sinopsis dari cerita ini.  

Jodoh itu penuh misteri dan tanda tanya. Kadangkala tak terfikir bahawa jodoh itu cuma di depan mata. Yang lebih pelik apabila jodoh itu bertaut erat dengan insan yang paling kita benci.  Pelik bukan? Tapi itulah namanya jodoh!
“Ya!  Memang aku gila!  Aku gila nak kahwin dengan kau!”-Borhan
“Saya sayangkan Kasih.”- Anas Rizal. 
~Menyedari siapa dirinya, sukar untuk Kasih menerima cinta itu dengan mudah.~
“Bukanlah, tapi ramai yang abang jumpa tak nak kawan abang yang kerja driver ni.  Katanya tak jamin masa depan.” – Daniel
“Semua itu bukannya mengukur kebahagiaan kita.”  - Hani
~Tanpa sedar,  Hani teruji dengan perasaannya sendiri. ~
“Bila awak nak kahwin.  Tak sabar rasanya nak tahu.”  -Farhan
“Tanya pihak lelakilah bos.  Bos ni dah kenapa nak peningkan jodoh saya pula.”-Eisya
~Adakah perasaan benci mampu bertukar cinta tatkala Eisya menyedari siapa bakal raja di hatinya? ~
Tiga dara
Tiga teruna
Tiga kisah

Tentang apa? Pastinya jodoh! Jodoh tiga dara.

Kepada yang sudah pun pernah baca teaser di FB saya, kalau nak order sekarang ni sedang pre order.  Boleh terus ke CUTE PULICATION. Nak kombo dengan Anologi Cerpen yang bertajuk CINTA EKSPRESS pun boleh juga.



Enekdot Cik Ponti dan Encik Pocho-cerita dua

Siti Norshimah Md Yasan | 11:08 PM | Be the first to comment!

Cik Ponti dan Encik Pocho berlegar-legar disebuah kampung pada tengah malam sambil mencari mangsa.  Cik Ponti terbang megah,  yang Encik Pocho pulak melompat mengah.  

"Ponti,  kau janganlah tinggalkan aku.  Kata nak together-gether."

"He...he...he... itulah kau.   Nak bungkus sangat badan tu.  Kan susah nak gerak. "

" Kalau ye pun kurangkanlah speed tu.  Nanti... '

Buk!  Cik Ponti terlanggar dahan pokok sena.  

"Pocho!  tunggu aku! "

" Padan muka kau.  Nasib engkaulah.  Siapa suruh berlagak.  Hai hai bye bye"

enekdot Cik Ponti Dan Encik Pocho - Cerita Satu

Siti Norshimah Md Yasan | 7:19 PM | Be the first to comment!

Pada suatu malam tatkala bulan mengambang,  Cik Ponti dan En Pocho duduk bertenggek di atas dahan pokok sena yg rimbun.

"Aku geram betul dgn manusia sengal tadi.  Baru nak usya berterabur dia orang lari. " Ujar Cik Ponti tidak puas hati.

" Itulah...  aku dah kata...  couple aje dengan aku kau tak nak.  Macam mana dia orang tu tak lari, rambut kau tak pernah sikat.  Baju pun kau tak pernah tukar. "

Tidak lama kemudian...  kedengaran Encik Pocho menjerit kerana di tolak oleh Cik Ponti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sebarang Hasil Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Hasil Nukilan Saya Sendiri. Istilah COPY PASTE/CIPLAK/TULIS SEMULA Adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Tindakan Tegas akan Diambil Sekiranya Saya Mendapat Tahu Ada Yang Berbuat Demikian.

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page